top of page

Perkara No 1 yang 'hijacked' interaksi ibu ayah dengan anak

Saya yakin anda semua pasti dapat teka.


Apa lagi kalau bukan 'screen'.


Tahu tak?? Didapati anak-anak luangkan masa di hadapan 'screen', sama ada TV, komputer, handphone atau game elektronik 7 kali lebih banyak berbanding masa berhadapan dan interaksi secara bersemuka dengan ibu ayah.


Hmmm..Sebab itu kita dapati lebih ramai anak-anak, remaja dan dewasa muda yang lebih suka bersendirian, tidak suka bersosial dan lebih suka hiburkan diri sendiri sorang-sorang depan gajet, dan jauhkan diri dari ibu ayah.




Luangkan masa depan 'screen' tidak salah, yang jadi masalah apabila ia tidak terkawal dari segi masa dan isi kandungannya.

Saya faham, dengan kesibukan anda ibu ayah yang bekerja dari pagi sampai malam mencari rezeki, masa dengan anak-anak itu terhad.


Tapi, gunakanlah masa yang terhad itu sepenuhnya. Sebab itulah masa untuk anak rasai kasih sayang anda. Pernah dengar tak ayat ini;


"To a child, LOVE is spelled TIME."

Anak tak perlu hadiah mahal-mahal dari anda. Tak perlukan makanan mewah-mewah untuk anda luangkan masa bersama mereka. Tapi cari masa untuk luangkan dengan anak. Tak dapat 30 minit, 15 minit pun ok. Tapi perlu konsisten. Janganlah setahun 2 kali saja anda dapat luang masa.


Apa yang anda boleh buat?


Saya berikan sedikit cadangan untuk aktiviti mudah.


Kalau anak kecil, anda boleh

  • main kejar-kejar, main bola, peek a boo, nyorok-nyorok, perang-perang dan lain-lain (permainan yang banyak gerakan)

  • main yang banyak sentuhan fizikal. Contohnya geletek, main tepuk-tepuk tangan, kira jari dan lain-lain

  • main mainan anak bersama-sama. Masak-masak, main lumba kereta dll

  • baca buku cerita bersama-sama. Anda boleh gunakan buku cerita dari siri yang anak minat, atau bercerita guna gambar anda bercuti bersama anak.

  • makan bersama-sama. Jadikan waktu makan itu, waktu untuk anda luangkan masa bersama. Kalau di rumah saya, semua orang tak akan mula makan jika tak cukup kuorum. Dah macam tunggu nak meeting pula.

Kalau anak yang masuk remaja pula,

  • mula dengan keterbukaan anda untuk dengar dia bercerita. Ops, jangan terus komen atau bebel kat dia kalau dia tengah bercerita. Tunggu sehingga habis ya. Kalau boleh, jangan terus condemn atau kritik atau bandingkan dia dengan orang lain.

  • Main permainan ikut minat anak. Contohnya anak saya suka main chess, jadi dia paling teruja kalau ayahnya dapat luangkan main sekurangnya 1 game dengannya.

  • Tonton TV bersama. Pilihlah cerita dan rancangan yang bersesuaian ya. Anak-anak saya paling suka tengok siri Ajar dalam Durioo+ bersama dengan Papa nya.

  • Tazkirah dalam bentuk cerita. Anak suka dengar cerita anda yang memberi inspirasi kepadanya. Bukan bebelan.

  • Pastikan ada sentuhan. Peluk, cium anak sebelum ke sekolah, selepas solat dan sebelum tidur.

"Untuk buatkan anak mudah dengar kata, kita perlu dengar apa yang anak cerita dari sekecil-kecil perkara."
"Kadang ia nampak kecil pada kita, tapi sangat besar (big event) untuk anak."

Ya, saya tak minta pun anda luangkan masa tahap pro dengan sediakan macam-macam mainan atau DIY mainan berwarna-warni. Saya pun tak sempat nak buat begitu. Cukup gunakan apa yang anda ada di rumah sahaja.


Kadang kala, anak saya tak mahu pun main permainan dia, tapi dia nak Papa nya buatkan kapal terbang kertas dan mereka main bersama-sama.


Anda pun pasti boleh lakukannya.


Saya selalu ulang ayat ini;

"Masa yang kita luangkan sekarang, dapat jimatkan banyak waktu pada masa akan datang."

Sebab kalau interaksi dengan ibu ayah kurang dan anak semakin jauh (dekat dalam rumah yang sama, tapi realitinya sangat jauh), sukar untuk anak itu menerima nasihat, teguran dan inspirasi dari kita. Sebaliknya, semakin kuat hubungan anda dengan anak, semakin mudah anak itu untuk menerima apa sahaja nasihat dan teguran yang kita berikan kepadanya.


Jadi, bagaimana?


Anda nak 'screen' itu 'hijacked' lagi hubungan anda dengan anak?

Anda tentukannya.



Zuraida Shahime

Ibu yang mahu membina keluarga bahagia

27 views0 comments

Recent Posts

See All
bottom of page