top of page

Kenapa Pentingnya Ibu Kena Sayang Diri Sendiri?

Sebagai ibu, kita sering letak keperluan anak-anak dan keluarga di depan. Memang naluri kita nak beri yang terbaik untuk mereka. Tapi, pernah tak fikir betapa pentingnya menyayangi diri sendiri?


Kesihatan Fizikal dan Mental lebih baik


Menyayangi diri sendiri bermaksud kita jaga kesihatan fizikal dan mental. Ibu yang sihat lebih bertenaga dan boleh jaga anak dengan lebih baik. Kesihatan mental pula penting supaya kita boleh handle stress dengan tenang.


Contoh Positif untuk Anak


Anak-anak belajar dari apa yang mereka tengok. Bila mereka nampak ibu jaga diri dengan baik, mereka pun akan belajar untuk hargai dan jaga diri sendiri. Ini pelajaran penting sampai mereka besar nanti.


Kurangkan Burnout ibu


Menyayangi diri sendiri bermaksud kita tahu bila nak berehat dan ambil masa untuk diri sendiri. Ini boleh elak burnout yang boleh buat kita rasa penat sangat dan emosi terganggu.

Apa pula kesannya kepada anak?


1. Anak Rasa Lebih Disayangi

Ibu yang tenang dan bahagia mampu beri kasih sayang dan perhatian yang lebih berkualiti. Anak-anak akan rasa lebih disayangi dan dihargai, penting untuk perkembangan emosi mereka.


2. Perkembangan Positif


Anak-anak yang nampak ibu mereka jaga diri sendiri akan lebih cenderung untuk membesar dengan rasa percaya diri dan kebolehan untuk jaga diri sendiri. Ini bantu mereka jadi individu yang mandiri dan bertanggungjawab.


3.Teladan yang Baik


Dengan ibu yang menyayangi diri sendiri, anak-anak akan belajar kepentingan kesihatan mental dan fizikal, serta bagaimana nak balance tanggungjawab dengan masa untuk diri sendiri.



Apa berlaku jika ibu tidak sayang diri sendiri?


1. Kepenatan Melampau

Tanpa masa untuk diri sendiri, ibu boleh alami kepenatan melampau yang boleh beri kesan buruk kepada kesihatan fizikal dan mental. Ini buat kita cepat marah dan kurang sabar dengan anak-anak.


2. Anak belajar contoh negatif

Kalau ibu tak sayangi diri sendiri, anak-anak mungkin akan belajar bahawa mengabaikan keperluan diri sendiri itu normal. Ini boleh pengaruhi cara mereka jaga diri sendiri nanti.


3. Kurang Kesabaran dan Empati

Ibu yang letih dan stress kurang sabar dan kurang empati. Ini boleh beri kesan negatif kepada hubungan dengan anak-anak, yang mungkin rasa kurang dihargai atau disayangi.


Menyayangi diri sendiri bukan tindakan mementingkan diri, tapi langkah penting untuk jadi ibu yang lebih baik.


Dengan jaga diri kita, sebenarnya kita sedang jaga anak-anak kita juga. Jadi, mulai hari ini, mari kita lebih sayangi diri sendiri demi kebaikan semua!


Saya kongsikan 6 tip menjaga dan menyayangi diri sendiri di video ini https://vt.tiktok.com/ZSYEe5Fky/


Ibu, sayangi diri.



Love,

Zuraida Shahime

Parenting Coach

Recent Posts

See All
Perlu ke belajar ilmu PARENTING?

Video : https://www.tiktok.com/@zuraida.shahime/video/7276114824667417863?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7231688249013192193 16...

 
 
 

Comments


©2023 by Zuraida Shahime.

bottom of page