top of page

Perlu ke belajar ilmu PARENTING?


16 tahun dulu, semasa hari pertama anak saya lahir, saya ingat lagi betapa 'blur' nya saya waktu itu. Penat selepas proses melahirkan, takut nak tinggalkan anak sendirian, sampai tak lalu makan dan minum, nak jaga anak tu saja 24 jam, tapi badan terlalu letih dan tak bermaya.


Saya bersalin malam, dan pagi itu bila dengar bunyi tangisan baby, saya tertanya-tanya;

"Eh, aku dah ada anak ke?", "Aku dah kahwin ya?"


Punyalah blur waktu itu. Memang tak macam 'orang' dah.


Bila nurse datang nak mandikan baby, saya angguk saja, diam. Baring, tak bangun pun dari katil. Termenung lagi melayan macam-macam perasaan. Senyum tak, sedih tak. Tapi rasa KOSONG. Sampailah nurse datang sekali lagi, bawakan anak. Saya perhatikan saja dari tepi. Tengok nurse kemas-kemaskan katil, dengan muka saya yang blur dan rambut kusut masai diikat tinggi-tinggi (saya duduk wad bilik seorang), serabut sangat.


"Nak jadi ibu ini kena KUAT", katanya.

Itu saja ayatnya. Pendek. Tapi TERKESAN terus ke dalam hati.


Saya diam saja. Tak tanya dan tak jawab. Tapi tak lama selepas itu saya berfikir-fikir tentang ayat tu. Saya bangun, tengok anak. Walaupun dengan wayar berselirat di badan. Dukung dia, cium dia.


Saya yang dari tadinya rasa BLUR, kini entah dari mana jadi bersemangat. Semangat untuk jadi ibu yang kuat. Semangat untuk praktikkan apa yang saya pernah belajar. Saya cuba agah anak, panggil-panggil namanya 'Tasneem... Tasneem...' dan respon dia dengan mata bulat yang bercahaya tu buat saya gembira. Hilang penat melahirkan berjam-jam. Apa yang saya tahu, saya akan cuba didik dia, bukan ikut apa yang saya nak dia jadi, tapi bantu dia jadi seperti apa potensi yang ada pada dirinya sendiri.


Terima kasih kepada nurse yang beri pesanan kepada saya pada waktu itu. Saya masih ingat kata-kata itu sampai sekarang.


Waktu itu saya ada azam. Azam nak didik anak. Nak buat macam-macam untuknya.


Tapi, sedar tak sedar. Dah 16 tahun berlalu.


Anak sulung saya ini dah jadi remaja yang bijak, cantik dan solehah. Dan kalau ditanya, adakah azam saya semasa melahirkan anak dulu sama atau tidak?


Ia tidak sama!

Kenapa?


Sebab ia berubah dengan masa dan dengan anak itu sendiri.


Saya orang yang suka belajar dan suka membaca. Walaupun telah habis belajar dalam bidang Terapi Pertuturan di UKM dulu, saya masih tak berhenti belajar setiap hari.


Ada kelas fizikal, kelas online, buku-buku, kajian-kajian, yang menjadi panduan untuk saya belajar.


Dari situ saya LEBIH JELAS dengan apa yang perlu dan apa yang orang sangkakan penting tapi sebenarnya tidak perlu.


Saya belajar, untuk jadi 'IBU YANG KUAT' itu bagaimana?


Bukanlah ada superpower untuk buat semua perkara.


Bukan juga sentiasa 'selamat'kan anak tiap kali dia hadapi cabaran.


Bukan jadi hero yang sentiasa membantu, tapi sentiasa INSPIRE.


Ya, ia berubah jadi LEBIH JELAS selepas saya belajar. Dan saya suka kongsikan apa yang saya dah belajar dan dah praktikkan kepada anak.


** Saya agak strict dengan konten-konten yang saya buat. Saya tak suka COPY PASTE!

Saya akan share apa yang hanya saya percaya (bukan sekadar apa yang dibaca, tanpa dikaji dan dipraktikkan dulu). Haa... sebab itu lah banyak kali saya katakan yang saya tak buat konten untuk VIRAL. Kalau nak viral, boleh saja saya buat konten isu-isu hangat contoh nya 'sindrom anak ke 2", ciri-ciri anak hebat dan lain-lain. Tapi saya percaya setiap anak itu ada keunikan sendiri, yang kita tak boleh sama kan dia, dan 'pukul rata'.


Saya suka berkongsi, bukan untuk viral. Tapi saya harapkan ia dapat membantu lebih ramai ibu ayah di luar sana untuk memandang 'parenting' ini dari perspektif yang lebih baik.


Sebab itu, saya buatkan kelas isu-isu yang paling banyak saya ditanya;


Antaranya:


1- URUS RAGAM ANAK (tantrum dll) -

ini khas untuk anak dari bayi sehingga awal remaja. Kelas ini ada 3 bahagian. Dan lebih kurang 3 jam. Ada sedikit info tentang brain development anak, psikologi anak dan saya sertakan juga strategi dan teknik untuk urus ragam anak dalam 3 fasa tantrum iaitu sebelum, semasa peak dan selepas anak tu dah tenang. Supaya ia tak berulang-ulang lagi tantrum perkara yang sama saja dan supaya ibu ayah pun tak cepat nak naik marah bila anak bersikap begitu.


2- NAK AJAR ANAK BERCAKAP - ini ada di TikTok Series saya. Saya mudahkan cara bagaimana nak beri stimulasi bahasa di rumah supaya anak cepat belajar bercakap. Saya tunjukkan contoh bagaimana nakajar anak bercakap semasa bermain, bercerita dan semasa buat aktiviti harian. Jadi walaupun anda sibuk, saya yakin anda boleh luangkan sedikit masa untuk buat aktiviti-aktiviti ini. Saya juga ajar 3 teknik mudah yang biasanya Speech Therapist gunakan untuk galakkan anak itu bercakap. Hmmm, ramai dah yang join kelas ini dan saya dapat banyak feedback yang positif, tapi saya tak ada simpan ayat-ayat review tu dari mereka. Mungkin next time, saya perlu buat macam tu.


3- NAK ANAK DENGAR KATA - yang ini hanya di TikTok saya. Dalam banyak-banyak kelas, kelas ini lah paling banyak saya spent masa untuk buat research teknik-teknik berkesan yang ibu ayah boleh praktikkan dari anak tu kecil sehingga remaja. Saya masih gunakan kepada anak saya yang kecil dan remaja tu. Kenapa perlu belajar teknik komunikasi ini? Sebab apabila kita ubah cara kita berkomunikasi dengan anak, respon anak pun akan berubah. Cubalah.

Cari di profile TikTok saya; klik "Series" dan pilih tajuk ini.


4- BAGAIMANA NAK URUS ANAK TANPA MARAH-MARAH

-Kelas ini available di website ini. Boleh buka bahagian Video Course.

Kelas ini khas untuk ibu ayah. Ada 3 elemen penting yang kita perlu faham dalam uruskan anak tanpa sikit-sikit nak marah. Ia akan bantu ubah cara pandang kepada setiap tingkahlaku anak. Supaya anak dapat belajar dalam hidupnya (bukan hanya akademik) dengan lebih baik, dan ibu ayah pun lebih tenang dan keluarga lebih harmoni.


5- PENING? NK URUS RAGAM ANAK? - ini saya buatkan kelas khas untuk yang mempunyai anak kecil -toddler. Kelas ini ada di TikTok Series saya. Ada 15 jenis ragam anak yang biasa berlaku dan ini lah soalan paling banyak ditanya kepada saya. Contohnya, anak pukul, buat adik, menjerit, tak nak makan, tak nak tidur, meragam bila tak dapat sesuatu dan banyak lagi. InsyaAllah akan datang, saya akan buatkan kelas untuk ATASI RAGAM ANAK REMAJA pula.


6- 10 SOALAN TOP TENTANG SPEECH THERAPY - Ini available di TikTok saya, Khas untuk ibu ayah yang tak pasti sama ada anak perlukan Speech Therapy atau tidak dan bagaimana nak jumpa ST dan lain-lain. Ini hanyalah panduan untuk ibu ayah dapat info lebih cepat dan dapat cepat bertindak. Kadang-kadang saya tak mampu jawab semua DM kepada saya dengan cepat.


7- ATASI KETAGIHAN GAJET PADA ANAK - akan datang. Anda boleh subscribe di sini atau follow Telegram saya https://t.me/zuraida7 untuk tahu bila ia AVAILABLE nanti.


"To be a parent is to be willing to EVOLVE, to CHANGE, to LEARN, and to GROW, for the sake of our children."


Semoga bermanfaat untuk semua.


Zuraida Shahime

Saya juga ibu, sama seperti anda.

24 views0 comments
bottom of page