top of page

Cara Awak Respon Hari Ini Akan Tentukan Siapa Dia Nanti.

Panduan lengkap untuk ibu ayah yang nak faham tantrum anak dan cara handle dengan bijak supaya anak membesar jadi individu yang kuat.

 

 

Bila anak awak menangis kuat kat tengah-tengah orang ramai, menghentak kaki, meraung nak sesuatu,

Apa yang biasanya awak buat?

Ramai ibu ayah akan mengalah. Bukan sebab lemah. Tapi sebab tiada siapa yang pernah ajar cara lain.

Dan setiap kali kita mengalah, otak anak belajar satu pelajaran  "kalau aku nangis kuat-kuat, aku akan dapat apa yang aku nak." Pelajaran yang dia simpan. Yang dia ulang. Yang dia bawa sampai besar.

 

Ini bukan tentang kasut atau mainan. Ini tentang corak pemikiran yang sedang terbentuk dalam diri anak awak  sekarang, hari ini.

 

📚 APA YANG ADA DALAM BUNDLE INI?

✅ eBOOK UTAMA — "Jangan Pandang Ringan Tantrum Anak" (128 muka surat, format A5)

Ditulis oleh Puan Zuraida Shahime, Pakar Terapi Pertuturan dengan 20 tahun pengalaman dan Jurulatih Keibubapaan selama 7 tahun.

 

9 bab yang akan ubah cara awak pandang dan handle tantrum:

  • Bab 1 — Ini Bukan Tentang Kasut Kenapa tantrum bukan sekadar perangai  dan apa yang sebenarnya sedang terbentuk dalam otak anak
  • Bab 2 — Awak Sayang Dia. Tapi Awak Sedang Memudaratkannya. Kenapa mengalah bukan tanda sayang — dan kenapa kita tetap buat
  • Bab 3 — Otak Anak Awak Sedang Dilatih Oleh Awak Neurosains tantrum dalam bahasa yang mudah — termasuk kenapa "jangan nangis" sebenarnya berbahaya
  • Bab 4 — Tiga Fasa Yang Perlu Awak Tahu Apa perlu dibuat Sebelum, Semasa, dan Selepas tantrum — lengkap dengan contoh dialog
  • Bab 5 — Kata Tidak Tanda Kasih Sayang Cara kata "tidak" dengan kasih sayang  dan cara balance antara had dan kasih sayang
  • Bab 6 — Tenang Dulu Baru Didik Kenapa jaga diri sendiri bukan selfish, ia syarat untuk jadi ibu ayah yang baik
  • Bab 7 — Anak Dah Besar Tapi Perangainya Masih Sama Tantrum tidak hilang bila anak membesar ia hanya bertukar bentuk
  • Bab 8 — Dah Terlepas. Boleh Ke Nak Ubah? Untuk ibu ayah yang rasa dah terlambat — panduan mengikut peringkat umur 7 hingga 17 tahun
  • Bab 9 — Awak Bukan Mendidik Untuk Hari Ini Penutup yang akan buat awak nampak betapa besarnya apa yang awak sedang bina hari ini

 

✅ WORKBOOK — "7 Hari Latih Diri"

Bukan sekadar baca dan simpan. Workbook ini ada cabaran harian selama 7 hari dengan soalan refleksi dan ruang untuk awak tulis supaya awak terus amalkan apa yang dipelajari mulai malam ini.

 

✅ CHECKLIST — "Adakah Anak Saya Okay?"

30 item penilaian dalam 3 bahagian:

  • Tanda frustration tolerance (skill hadapi kekecewaan/penolakan) yang rendah
  • Tanda frustration tolerance yang sihat
  • Tanda yang memerlukan perhatian lebih atau bantuan pakar

 

💰 HARGA

Harga Asal: RM97 

(Harga termasuk ketiga-tiga item; eBook + Workbook + Checklist)

Ebook Jangan Pandang Ringan Tantrum Anak

RM 97.00 Regular Price
RM 67.00Sale Price

    ©2026 by Zuraida Shahime.

    bottom of page