Tip bercakap dengan anak meragam
- Zuraida Shahime
- Aug 3, 2024
- 1 min read
Pernah rasa susah nak bercakap dengan anak?
Bayangkan anda baru pulang dari kerja yang penat, dan anak anda tiba-tiba mula menangis tanpa sebab yang jelas.
Anda cuba bercakap dengannya, tapi dia terus merajuk dan tidak mahu beritahu apa masalahnya.
Ini adalah situasi yang biasa dialami oleh ramai ibu bapa. Tapi jangan risau! Ada cara mudah untuk bercakap dengan anak.

1-Fahami apa yang anak rasa
- Tanya anak apa yang anak rasa.
Contoh: "Adik rasa sedih ke? Kenapa?"
- Dengar betul-betul bila anak cakap.
Contoh: "Oh, adik tak suka bila mainan rosak, kan?"
- Tunjukkan bahawa anda peduli dengan apa yang mereka rasa.
Contoh: "Ibu faham, mainan itu sangat penting bagi adik.
2- Dengar betul-betul bila anak bercakap
- Pandang muka anak bila mereka bercakap. Duduk setentang dengan mereka dan tatap mata mereka.
- Jangan potong cakap anak. Biarkan anak habiskan cerita mereka dahulu. Sabar.
- Angguk kepala dan beri respon supaya anak tahu anda dengar. "Ibu dengar, teruskan cerita."
3- Cakap dengan bahasa yang mudah dan senang anak faham
-Guna ayat pendek dan mudah.
Contoh: "Adik nak main apa hari ini?"
- Elakkan guna perkataan yang susah. Contohnya Gantikan perkataan kompleks" dengan "susah"
- Tunjuk contoh supaya anak lebih faham.
Baca lagi dalam buku CAKAP; Seni berinteraksi untuk membentuk tingkahlaku, mindset dan personaliti anak generasi alfa.
Your Parenting Coach,
Zuraida Shahime






Comments