Tantrum!
- Zuraida Shahime
- Aug 28, 2024
- 1 min read
Anak meragam, tantrum, buat perangai… Memang penat, kan? Tapi tahu tak, ada perkara-perkara yang kita kena elak masa anak tengah macam ni supaya keadaan tak jadi lebih teruk?
1- Elak marah/tantrum balik
Marah jerit tengking atau pukul hanya akan buat anak rasa lebih tertekan dan mereka mungkin akan lebih memberontak.
2- jangan abaikan perasaan anak
Walaupun nampak macam anak buat perangai tak masuk akal, tapi bagi anak ia sesuatu yang serius. Cuba dengar apa yang dia cuba sampaikan.
3- elak guna ugutan
Ugutan mungkin nampak berkesan untuk sekejap, tapi sebenarnya ia tak bantu anak belajar cara kendalikan emosi sendiri.
4-jangan cepat beri hukuman
Fokus kepada memahami dulu kenapa anak bertindak begitu. Kadang-kadang puncanya sangat mudah, seperti lapar, penat, atau rasa tak selamat. Ini tidak, anak menangis sebab penat pun, dah kena time out atau denda lain.
5- jangan cuba ‘fix’ semua masalah anak
Kadang-kadang anak cuma perlukan kita ada di sisi, mendengar dan memberi sokongan, bukan penyelesaian segera.
Dengan elakkan perkara-perkara ni, kita boleh bantu anak kendalikan emosi mereka dengan lebih baik, dan kurangkan tantrum serta perangai buruk yang kerap terjadi.
Nak belajar lagi cara faham dan urus ragam anak?
Dapatkan online course ini. Saya terangkan tentang bagaimana nak fahami dunia anak dan 3 fasa nak urus ragam anak, supaya perkara yang sama tidak berulangkali berlaku.
Tantrum ini kalau kita bijak uruskannya, akan buatkan anak lebih matang berfikir dan bertindak.
*Online course ini ada 3 bahagian dengan total video 2 jam 40 minit. Anda boleh tonton ikut masa sendiri kerana ia adalah kelas rakaman.
Dapatkan di sini https://zsparenting.onpay.my/order/form/1
