top of page

Kenapa anak tak nak mengadu masalah kepada anda?

Sebelum saya jawab soalan ini, saya nak tanya satu soalan kepada anda.


Kalau anak datang mengadu masalahnya, apa reaksi anda?


Adakah anda akan terus senyapkan saja aduannya?


"Hmmm.. sabarlah, memanglah macam tu."


Atau anda marah dia semula?


"Kan mama dah cakap jangan buat macam tu."


Atau anda salahkan dia?


Atau bandingkan dia dengan orang lain?


Atau suruh dia berhenti mengadu atau complain?


Atau anda 'judge' anak dan katakan dia ada agenda lain?


Atau anda tak percaya pun apa yang anak cerita?


Atau ceritakan apa yang anak adukan tu kepada orang lain? Atau di media sosial?






Kalau anda buat perkara ini, memang lah anak tak nak mengadu dah kepada anda. Sanggup dia simpan semua masalahnya sendiri. Atau lebih selesa bercerita kepada teman rapatnya sahaja.


Bolehkah bila anak mengadu, anda tunggu sekejap...


Jangan menidakkan.


Jangan kritik.


Jangan tak percaya.


Jangan bersangka-sangka.


Jangan menuduh dia.


Jangan sesekali cerita masalahnya kepada orang lain atau di media sosial.


Tetapi, DENGAR dahulu.


Jadi pendengar yang baik untuk anak. Dengar tanpa menilai. Kemudian, bimbing dia tanpa perlu mengawal keputusannya. Saya yakin anda boleh lakukannya.


**2 tip mudah jadi pendengar yang baik.


1- Dengar dengan telinga dan mata (pandang dia dan perhatikan gerak gerinya). Kadang-kadang apa yang dimaksudkan tak sama dengan apa yang dituturkan.


2- Jangan menyampuk, tapi ulang semula ayat aduan anak. Anak akan rasa dirinya didengari. Contoh : Tadi masa kemas buku, ada buku orang lain kat beg saya.

Ulang : Ohhh, ada buku orang lain kat beg ya.. (tunggu... dan biarkan anak bercerita lagi).

Elak buat begini: Ye ke orang punya buku?Atau awak yang silap ambil buku orang? (menuduh dia)


Jom kita mula.



Zuraida Shahime

Speech Therapist & Parents Coach


260 views0 comments

Recent Posts

See All

Perlu ke belajar ilmu PARENTING?

Video : https://www.tiktok.com/@zuraida.shahime/video/7276114824667417863?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7231688249013192193 16 tahun dulu, semasa hari pertama anak saya lahir, saya ingat la

bottom of page