top of page

Anak BARAN, bila tak berjaya buat sesuatu?

"Ehhh Ehhh siapa yang salah sebenarnya ni? Dia yang tak berjaya/salah, tapi kita pula yang kena marah."


Pernah tak berlaku situasi macam ini? Sama ada anda yang lakukan atau orang di sekeliling anda yang lakukannya. Contohnya dah lambat nak keluar rumah pergi kerja, jadi barang-barang yang nak dikemas dalam beg, dicampak-campak dan disumbat-sumbat ke dalamnya sambil marah-marah.


Ada juga yang bila rasa macam tak larat nak memasak, lepas tu terpaksa masak juga, kemudian masaklah dalam keadaan marah-marah sambil ketuk-ketuk sudip dan kuali kuat-kuat. Sampai jiran satu taman boleh dengar.


Atau semasa dalam traffic jammed, bukan main marah-marah sebab orang itu salah, orang ini salah...semua salahlah. Semua sebab orang yang salah.




Atau situasi apabila tengah marah, laju-laju jalan hentak-hentak kaki, tutup pintu kuat-kuat. Padahal nak merajuk kat suami je sebab suami tak faham-faham nak datang menolong.


Hmmmmmmm....


Tunggu sekejap!


Tahu tak apabila kita jadi ibu ayah ini, akan sentiasa ada insan yang memerhati apa saja kita buat. Sama ada kita buat contoh yang baik atau kurang baik.


Anak akan perhati apa yang kita buat apabila ada sesuatu TAK BERJAYA atau TIDAK MENGIKUT SEPERTI YANG KITA MAHU. (Ini termasuklah apa reaksi apabila anak tidak ikut seperti yang kita mahukan).


Tambah lagi anak bawah 5 tahun yang belum bijak untuk berfikir secara matang rasional tentang sesuatu perkara. Jadi, apa yang akan dia buat hanyalah TIRU TIRU dan TIRU sahaja cara orang di sekelilingnya.


Orang di sekeliling anak ini, bukan saja ibu ayah, ia boleh jadi datuk, nenek, ibu saudara, abang, kakak, cikgu dan sebagainya yang beri pengaruh secara langsung dan tak langsung kepada anak.


Dan tidak dinafikan pengaruh dari TV, video YouTube, Game, Iklan (walaupun sekejap), semuanya anak mudah TIRU.


Saya tunjukkan antara contoh bagaimana untuk anda atasi masalah ini, dalam video di bawah.




Zuraida Shahime

Ibu, sama seperti anda.

 
 
 

Comments


©2023 by Zuraida Shahime.

bottom of page